PERANAN TONG KITAR SEMULA

Bagi mengurangkan bebanan tapak pelupusan sampah ini, kempen-kempen kitar semula telah diadakan bagi menimbulkan kesedaran untuk mengurangkan penghasilan sampah sekaligus dapat mengurangkan beban tapak pelupusan sampah. Langkah ini juga dapat mengurangkan kemusnahan kepada alam sekitar. Contohnya adalah hutan ditebang bagi mendapatkan kayu-kayu pokok yang akan digunakan bagi menghasilkan kertas. Aktiviti kitar semula telah dapat mengurangkan penebangan pokok kerana kertas yang telah digunakan akan diproses semula untuk menghasilkan kertas yang akan dapat digunakan semula. Oleh itu, tong kitar semula diharapkan dapat mengumpulkan bahan-bahan yang akan diproses semula. Kempen Kitar Semula ini dipilih melalui program 5R yang mewakili :
  1. Rethink – Fikir Semula
  2. Reuse – Guna Semula
  3. Reduce – Kurangkan
  4. Recycle – Kitar Semula
  5. Repair – Membaik Pulih

Setiap orang digalakkan mengaplikasikan program 5R ini kerana ianya sangat bermanfaat kepada kehidupan manusia.