TONG KITAR SEMULA

Tong kitar semula adalah tong yang digunakan bagi mengumpul sampah yang boleh diproses semula dan diguna സെമുള mengikut kelas yang telah ditetapkan. Penggunaan tong ini adalah salah satu cara bagi mengatasi masalah pelupusan sampah. Secara purata dianggarkan rakyat Malaysia menghasilkan lebih kurang 0.6kg sampah setiap hari. Sampah yang telah dikumpulkan di tapak pengumpulan sampah yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ini akan diangkut ke di tapak pelupusan sampah yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan. Kebanyakan sampah domestik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia terdiri daripada bahan-bahan yang sukar diuraikan dan ada yang mengambil tempoh yang terlalu lama untuk diuraikan sehingga menjangkau ratusan tahun. Contohnya adalah sampah plastik. Oleh kerana tapak pelupusan sampah ini menerima sampah yang banyak setiap hari dan sampah tersebut tidak mudah terurai menyebabkan tempoh hayat bagi tapak pelupusan sampah menjadi terlalu singkat.