KESEDARAN PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA

Penggunaan tong kitar semula memberikan banyak manfaat. Diantaranya adalah :-

  • Sampah lebih mudah dikumpulkan.
  • Memanjangkan tempoh hayat Tapak pelupusan sampah.
  • Memudahkan pihak industri memproses sampah.
  • Alam semulajadi dapat dikekalkan.
  • Mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
  • Menjana ekonomi negara.

Kesedaran penjagaan alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Setiap sekolah perlu mempunyai tong kitar semula kerana sekolah adalah pusat pembelajaran dan pusat didikan. Pendidikan kitar semula juga boleh dimulakan dirumah bagi diamalkan oleh seisi rumah untuk menjadikan aktiviti kitar semula menjadi kebiasaan dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Pejabat-pejabat perlu menyediakan kemudahan tong kitar semula bagi digunakan oleh pekerja di pejabat berkenaan dan menjadi contoh kepada orang awam. Bagi menyambut seruan kempen kitar semula, kami mengambil langkah proaktif iaitu dengan menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan tong kitar semula memandangkan tong kitar semula merupakan langkah penting bagi menyelesaikan isu sampah yang semakin ketara sekarang ini. Diharapkan setiap rakyat Malaysia sedar tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar untuk generasi yang akan datang dimana kita hanya meminjam alam sekitar ini daripada generasi masa depan.




Untuk Tempahan :

Sila SMS nama anda ke : 012-6305970

ATAU

e-mel ke : drautsari@gmail.com

PERANAN TONG KITAR SEMULA

Bagi mengurangkan bebanan tapak pelupusan sampah ini, kempen-kempen kitar semula telah diadakan bagi menimbulkan kesedaran untuk mengurangkan penghasilan sampah sekaligus dapat mengurangkan beban tapak pelupusan sampah. Langkah ini juga dapat mengurangkan kemusnahan kepada alam sekitar. Contohnya adalah hutan ditebang bagi mendapatkan kayu-kayu pokok yang akan digunakan bagi menghasilkan kertas. Aktiviti kitar semula telah dapat mengurangkan penebangan pokok kerana kertas yang telah digunakan akan diproses semula untuk menghasilkan kertas yang akan dapat digunakan semula. Oleh itu, tong kitar semula diharapkan dapat mengumpulkan bahan-bahan yang akan diproses semula. Kempen Kitar Semula ini dipilih melalui program 5R yang mewakili :
  1. Rethink – Fikir Semula
  2. Reuse – Guna Semula
  3. Reduce – Kurangkan
  4. Recycle – Kitar Semula
  5. Repair – Membaik Pulih

Setiap orang digalakkan mengaplikasikan program 5R ini kerana ianya sangat bermanfaat kepada kehidupan manusia.

TONG KITAR SEMULA

Tong kitar semula adalah tong yang digunakan bagi mengumpul sampah yang boleh diproses semula dan diguna സെമുള mengikut kelas yang telah ditetapkan. Penggunaan tong ini adalah salah satu cara bagi mengatasi masalah pelupusan sampah. Secara purata dianggarkan rakyat Malaysia menghasilkan lebih kurang 0.6kg sampah setiap hari. Sampah yang telah dikumpulkan di tapak pengumpulan sampah yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ini akan diangkut ke di tapak pelupusan sampah yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan. Kebanyakan sampah domestik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia terdiri daripada bahan-bahan yang sukar diuraikan dan ada yang mengambil tempoh yang terlalu lama untuk diuraikan sehingga menjangkau ratusan tahun. Contohnya adalah sampah plastik. Oleh kerana tapak pelupusan sampah ini menerima sampah yang banyak setiap hari dan sampah tersebut tidak mudah terurai menyebabkan tempoh hayat bagi tapak pelupusan sampah menjadi terlalu singkat.